Employee's testimonials
Nama saya Shafiqah Najih Binti Samsul Halile, QA Exc cum Credit Control. Saya telah bekerja dengan Captain Ice selama 4 tahun 10 bulan. Ketika yang paling menyenangkan ialah saat-saat bergurau dengan rakan kerja. Saya dapat belajar banyak ilmu dalam pengendalian produk gred makanan di sini. Pengalaman kerja yang saya dapat di Captain Ice sangat berbeza dari syarikat yang lain, terutamanya bimbingan daripada ketua, Kerjasama antara rakan, dan suasana kerja yang seronok. Captain Ice: Seronok, Mesra, dan Kerjasama yang baik.
Shafiqah Najih Binti Samsul Halile
Saya Hasriani Binti Abd Haris, Pegawai QC dan Admin, telah bekerja dengan Captain Ice selama 4 tahun 9 bulan. Kenangan yang paling gembira semasa bekerja adalah bergaul dengan rakan sekerja. Kemahiran dan pengetahuan dalam operasi kilang yang dipelajari sepanjang masa ini, adalah amat berharga. Banding dengan lengalaman kerja sebelum ini, saya lebih suka bimbingan penyelia, kerjasama dengan rakan sekerja, dan suasana kerja yang tenang di Captain Ice.
Hasriani Binti Abd Haris
Saya Mohammad Amin Bin Hamdan, pemandu lori, sudah bekerja dengan Captain Ice selama 4 tahun. Kenangan terbaik di Captain Ice, adalah trip untuk menghantar produk ke Kajang, Pulau Meranti, Salak Tinggi, dan Bukit Jalil, serta mendapatkan gaji tambahan empat angka. Saya telah belajar menjadi seorang pemandu lori yang berhati-hati dan dapat berkomunikasi dengan pelanggan yang berbilang bangsa. Kolaborasi yang rapat dengan juruteknik, operater, dan Ketua Jabatan adalah kunci kejayaan dalam mencapai matlamat.











